Aktiviti Sepanjang 2025

18.1 – Mesyuarat Agong kali ke-2 2025 berlangsung di Soho Lekoi, Kuala Kangsar Perak

25.1.25 – Pemeran & Pertandingan Keris Cantik anjuran Persatuan Purba Pulau Pinang

26.1 – Sesi Bual Santai bersama Ngo² Warisan dan Budaya

  1. Persatuan Seni Warisan, Pusaka Dan Budaya Negeri Perak (SUWAKA)
  2. Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar, Perak
  3. Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS)
  4. Dunia Seni Silat Melayu Perak (DSSM Perak)
  5. Gabungan Seni Silat Kuala Kangsar (GASSAK)
  6. Teratak Warisan Kuala Kangsar Perak

yang bertempat di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Bukit Kerajaan Kuala Kangsar Perak.

18.2 – sesi perjumpaan bersemuka dengan pihak Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Perak, dibawa oleh Pn Fairus bahagian nyanyian & tarian meninjau sekitar kawasan jkkn seterusnya berjumpa dengan Penolong Pengarah JKKN PERAK Pn. Zaiton…

mendapatkan beberape bahan maklumat peranan jabatan insentif yang boleh diberikan bagi membantu pengiat² Seni Warisan Pusaka Dan Budaya Negeri Perak.

22.2 – bersama Penaung Persatuan SUWAKA hadir selaku jemputan, Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar (MKDKK) kali ke-14

1.3 – menerima jemput daripada Gelangang Silat Sendeng Khalifah di Bagan Serai

7.3 – Hadir Taklimat Pemohonan Geran untuk aktiviti berkaitan alam dan/atau budaya di Kuala Kangsar kelolaan ThinkCity.

9.3 – Ziarah Ramadan ke rumah Guru Memanah/Berkuda En. Mior Ahmad jatuh kuda berape hari lalu. Moga beliau kembali sihat hendakNya….

12.3 – Menjejak sejarah “Pulau Raja”…
🫡Terima kasih kpd Raja Kamar Azhar Raja Ahmed Siffudin ( Penasihat Persatuan SUWAKA )
OBJ Manjung, YDH Toh Seri Bijaya
Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari,
YDH Toh Kelana Perkasa En. Ismail,
Tok Penghulu Pangkor, Puan Zarina
Majlis Perbandaran Manjung.

13.3 – Program Bubur Lambuk Gabungan NGO2 Kualer
Ocean 9, Linto Tua, Suwaka & Santuni Kuale

18.3 – Menerima kunjungan daripada Guru Besar serta Guru SK Sg Ara Batu Kurau di Kediaman Penaung Persatuan SUWAKA Raja Shahriman ingin berkerjasama mengadakan Program Karnival Cintai Sunnah Sayangi Ulama dan Martabatkan Warisan. Pertandingan Golok Cantik Tradisional, Pertandingan Bilah Tajam, Pameran Golok,Keris Dan Sundang tidak berape lama lagi. Inshallah

12.4 – Jamuan Hari Raya SUWAKA bertempat di Mat Rezeki Bistro Cafe Puncak Bougainvillea Kuala Kangsar

20.4 – Mewakili Persatuan bersama Tuan Penasihat Persatuan Raja Kamar Azhar,Tuan Penaung Raja Shahriman
Jamuan Hari Raya LEMBAGA PEMBANGUNAN SASTERA (LEPAS) / MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH KUALA KANGSAR (MKD)

19.4 – Sambutan Aidilfitri Alam Misa Melayu. Perkampungan Warisan Budaya Dan Adat Istiadat Alam Misa Melayu,Bota Kiri,Perak.

27.4 – jemputan Hari Raya Silat Sendeng Khalifah Bagan Serai & Ukhwah 1 Syahadah/ Putra Kraf Empire Pulau Pinang d Kepala Batas, turut hadir Tok Nila Utama bersama rakan dr Pulau Misa Melayu Bota Perak…

28.4 – menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Waris Tun Saban

4.5 – Menghadiri jemputan Pertubuhan Silat Gayong Bersatu Perak Majlis Adat Mandi Minyak Panas & Kenduri Kahwen Tukang Jamil Harun Kraf Penang , bagi mengeratkan Ukhwah dalam negeri mahupun luarnegeri….

11.5 – Tayangan Filem Gayong

  • anjuran gelanggang Akademi ePanglima, Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Caw Neg Perak ( pengurus gelanggang Mohd Naim Abdul Rahim )
  • penglibatan 160 orang ( ibu bapa, anak2 pesilat, NGO )
  • antara gelanggang terlibat ialah Akademi ePanglima, Gelanggang ACMA, Botani. Gelanggang Bota Kiri, Gelanggang KTMB )
  • ngo terlibat Persatuan Seni Warisan Pusaka Dan Budaya (SUWAKA)
  • sumbangan ( pusat khidmat parlimen Ipoh timur )
  • kerjasama TGV dan pengurusan Aeon Station 18

12.6 – Perbincangan bersama Pihak Think City dibawah Yayasan Hasanah diwakili Penasihat Persatuan Raja Kamar Azhar Raja Saifuddin

18.6 – menghadiri jemputan Putra Kraf Empire Penang & Pekida Malaysia Daerah Timur Laut . Majlis Makan Malam & Ukhwah Siratulrohim di Dewan Balai Rakyat Batu Lanchang Jelutong Pulau Pinang

18.6 – Perbincangan program bulan September yang bakal diadakan ( tarikh cadangan 6 Sept ), gabungan 6 Persatuan Kesenian Zon Utara

1)Persatuan Suwaka Perak
2)Persatuan Purba Kedah
3)Persatuan Penggiat Warisan
4)Persatuan Purba Penang
5)Persatuan Pasaka Penang
6)Persatuan Tanjak Penang

6.7 – Kenduri Malam Silaturrahim Pendekar DSSM Perak, Sempena Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi & Jawatankuasa Pusat Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia yang bertempat D’Rumah Bonda River View, Manong, Perak .

12.7 – Sesi SuaiKenal Bengkel Pembuatan Hulu Keris Perak . 3 ptg. Bertempat di Mat Rezeki Bistro Cafe Puncak Bougainvillea Kuala Kangsar

26.7 – Martabat Warisan Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Golok & Bilah Tajam bertempat di SK Sg Ara, Batu Kurau. Kerjasama bersama Sk Sg.Ara Batu Kurau, Kelab Golok Malaysia & Persatuan SUWAKA

27.7 – Penutup Pesta Makanan Tradisional
Warisan Budaya Negeri Perak 2025
ajuran Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar (MKDKK)

2.8 – Bengkel Pembuatan Hulu Keris Perak berlangsung di Karai

23.8 – Sesi ke 2 Bengkel Pembuatan Hulu Keris Perak bertempat di Kuala Kangsar, berbaki 2 sesi lagi pada bulan September ( Think City )

25.8 – Perasmian Pameran TANAH AIRKU MERDEKA bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah(USAS) 2025

6.9 – Tautan Mahabbah Kesenian Melayu
8pagi – 6petang
Masjid At-Taqwa Kepala Batas Pulau Pinang
Gabungan Badan² NGO Kesenian Warisan Budaya Dan Pusaka (UTARA)

13.9 – Bengkel Pembuatan Hulu Keris Perak bulan akhir Sept. sebelum penutup pada 5.10 di CASALUNA Kuala Kangsar

17.9 – program semperna Hari Malaysia. Sidang Media tentang Pokok Kelumpang , motif pokok bunga daun Pokok Kelumpang telah lama diguna pakai terutama pada bahagian Hulu Keris Negeri Perak , Mimbar , Istana , Masjid, Songket dll
Tahniah Ayah YM Kem Siffudin selaku Pengerusi Ocean9 juga merangkap Penasihat Persatuan SUWAKA atas usaha bersama JKK Kg Kledang menganjurkan program

20.9 – Hari Kuale Lenggang – Think City Yayasan Hasanah

29.9 – Pameran Hulu Keris Perak Perpustakaan Awam Kuala Kangsar
Waktu 9:00pagi – 5:30petang
29.9 – 4.10 2025

5.10 – Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pembuatan Hulu Keris
Tempat: CASA LUNA Kuala Kangsar

19.10 – Program SA-HARI PEMANTAPAN ILMU PERUBATAN & BELA DIRI
Anjuran PERTUBUHAN PERWARIS PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM KEBANGSAAN (PERWARIS)
ZON UTARA

24.10 – Persidangan Rumpun Melayu Sedunia
The Orient Star Resort, Lumut

1.11 – 🎉 PROGRAM SEJANA BERBUSANA MELAYU 2025 🎉
Anjuran: Persatuan Seni Warisan Pusaka dan Budaya Negeri Perak (SUWAKA)

2.11 – Himpunan Anak Anak Gayong
Serantau & Semalaysia Edisi ke 3
Masjid Cina Tasek Ipoh Perak

4.11 – jemputan Gelangang Silat Sendeng di Taman Kemunting Aman

15.11 – Majlis ringkas Penganugerahan Geran Kuale,
Sijil Anugerah Geran Kuale dibawah program KKSCD.

Thinkcity

Yayasanhasanah

29.11 – Mewakili Persatuan ke program Pertandingan Silat Seni Terbuka anjuran Silat Sendeng Batu Kurau

Hulu Keris Lang Meghati : Jejak Tradisi Karya Abadi

lang meghati

Seni pembuatan hulu keris—lebih-lebih lagi variasi Lang Memerhati atau Lang Meghati sudah lama sepi bernafas di ruangan sunyi. Rupanya elok, halus, tetapi tidak begitu popular. Tukang-tukang tua tidak dapat dijejaki malahan rantai pewarisannya semakin pudar hilang. Semakin merisaukan apabila generasi muda pula ramai yang tidak tahu, apatah lagi menyentuh dan memahami anatomi sebuah hulu keris yang baik. Hulu Lang Meghati antik atau lama pula sukar ditemui lagi. Kalau ada pun, kebanyakannya tersimpan jauh di dalam almari kolektor atau muzium.

Suasana ini menjadikan hulu ini sukar untuk dibelek, diukur, dan diteliti lengkuknya. Sudahlah susah untuk ditatap dan dipegang, bagaimana pula mahu untuk belajar membuatnya ? Jika mahu belajar membuatnya pula, kos pembelajarannya pasti menjadi halangan & cabaran. Alat, bahan, masa pengajar, dan logistik telah mematikan minat ramai orang yang sebenarnya ingin mencuba. Jika keindahan hulu ini dibiar tergantung di awang-awangan tanpa ada usaha pelestarian yang cermat dan tersusun, seni ini akan terus memudar lesu ibarat seekor helang yang memerhati dari kejauhan, tetapi tidak lagi menemukan angin untuk terbang.

Di sinilah Lang Memerhati menuntut perhatian khas. Berbeza daripada pola Jawa Demam yang lazim dijadikan rujukan, Lang Memerhati membawa postur yang seakan-akan seekor helang yang menghimpun pandang—bahu hulu, lengkuk tubuh, dan imbangan genggaman memancarkan “tanda keunikan tempat” negeri Perak. Pada permukaannya pula, ukiran Bunga Kelumpang menjadi bahasa flora yang akrab dengan kesenian lama Kuala Kangsar. Kelopak-kelopak kecil yang timbul, alur urat kayu yang diikuti dengan sabar, dan relung-relung cetek yang dijaga ritmanya, menuntut tangan yang bukan sahaja cekap, tetapi turut peka pada ergonomik. Seindah mana pun ukiran, sebuah hulu tetap mesti mudah digenggam, seimbang pada tangan, dan selamat untuk dipakai.

hulu keris lang meghati

Melihat jurang antara minat dan akses, SUWAKA—Persatuan Seni Warisan Budaya & Pusaka Negeri Perak —memutuskan untuk tidak lagi diam menunggu. Satu usaha perlu digerakkan bagi menjawab masalah yang sudah lama dibiarkan senyap. Maka persatuan ini bergerak. Langkah dimulakan. Sebuah program bengkel selama tiga bulan yang menautkan teori, latihan, dan komuniti dirangka. Namun halangan yang pasti adalah kos kewangan yang besar menggunung tinggi. Mujur, halangan dan cabaran kos ini tidak dibiarkan menjadi dalih dan alasan. Dana geran daripada ThinkCity membantu menampung kos peralatan, bahan, dan keperluan asas pengajaran. Hasilnya, fokus dapat ditumpukan pada kualiti latihan serta kesinambungan ekosistem tukang. Seorang tenaga pengajar berdarah pandai ukir dari Besut yang kini bermastautin di Ipoh bersetuju mengajar. Beliau bukan semata-mata berkongsi teknik, tetapi membawa disiplin. Dari cara memandang bentuk, menyusun langkah pahat, hingga kebijaksanaan memilih kayu dan mengekang rekahan. Hampir 90% peserta yang menyertai program ini ialah pemula yang ‘segar dari ladang’ , tanpa asas pertukangan. Namun itulah yang dicari. Keberanian untuk bermula dari titik sifar.

hulu keris lang meghati

Struktur bengkelnya disusun bertahap dan pragmatik. Terdapat tujuh bengkel khusus yang diatur dalam bentuk coaching peribadi atau kelompok kecil. Di sini, peserta diberi kritikan fokus dan latihan mengikut tahap kemahiran. Enam bengkel umum pula meminjam konsep studio terbuka. Beberapa peserta berkumpul dan berlatih serentak, saling belajar daripada proses masing-masing, dan merasai denyut nadi kerja bengkel sebenar. Bunyi pahat, debu halus kayu, dan keputusan-keputusan kecil yang menentukan rupa akhir sebuah hulu.

Sebelum itu semua, satu bengkel pengenalan terlebih dahulu diadakan untuk asas melukis. Memahami siluet Lang Memerhati, membezakan anatominya dengan Jawa Demam, memikirkan proporsi, imbangan, dan titik tekan pada genggaman. Pelajaran tidak berhenti pada estetika, ia menjalar ke bahagian teknikal. Pemilihan kayu dan orientasi urat (agar kuat dan tidak mudah merekah), urutan mendalam-cetek pada ukiran Bunga Kelumpang (supaya kelopak tampak hidup), dan kemasan akhir yang halus. Minyak, varnis, serta kawalan tekstur dan kilau, bukan untuk menipu mata, tetapi untuk menampakkan kesenian bahan.

Benih mula menetas. Daripada kosong, peserta mula menghasilkan karya. Ada yang menyiapkan sehingga enam biji hulu sepanjang program. Angka yang tidak saja menunjukkan kerajinan, tetapi bukti bahawa kemahiran boleh tumbuh apabila diberi tanah dan air yang betul. Sebahagian pula mulai menjual hasil kerja. Laluan ekonomi warisan yang dulunya kabur kini mula kelihatan. Yang lebih penting daripada angka ialah keberanian pertama. Merasa kayu di tangan sendiri, salah lalu dibetulkan. Belajar membezakan antara potong yang kasar dengan hirisan yang halus, dan menyaksikan bagaimana keindahan bukan selapis varnis di permukaan, melainkan disiplin yang diulang-ulang pada setiap inci ukiran.

Program ini tidaklah dibiarkan terkurung di dalam bengkel. Hasil peserta dibawa berjumpa khalayak. Bukan sekadar untuk dipamer, tetapi untuk menguji nafasnya di hadapan orang ramai. Mini pameran undangan di USAS ( Universiti Sultan Azlan Shah ) membuka pintu perbualan akademik. Ruang menilai bentuk, membandingkan siluet, dan merakam respons yang jujur. Program Hari Kuala Lenggang mempertemukan karya dengan komuniti setempat. Di situ suara anak-anak, ibu bapa, dan warga yang melewati celahan kesibukan orang ramai menambah makna pada setiap ukiran. Sebanyak 1,000 brosur maklumat hulu diedarkan sekitar Kuala Kangsar. Ia bukan risalah promosi semata-mata, tetapi helaian ringkas yang memperkenalkan kembali kosa kata warisan kepada tangan-tangan yang ingin menyentuhnya. Paling menyenangkan, sebuah pameran mini selama seminggu di Perpustakaan Awam Kuala Kangsar telah berlangsung dengan kerjasama yang kemas. Bukti bahawa institusi pengetahuan dan seni tradisi boleh duduk semeja, saling menguatkan. Kemuncaknya, pada 5 Oktober 2025, majlis penutup dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Kuala Kangsar, mempersembahkan hasil karya 28 peserta dalam satu pentas sederhana tetapi bermakna, tempat helang kembali menunjukkan sayapnya.

hulu keris lang meghati

Dalam semua ini, Lang Memerhati tidak lagi tinggal sebagai nama. Ia menjadi latihan mata: memerhati perbezaan proporsi, memahami kenapa bahu hulu perlu sebegitu, mengapa lengkuk yang sedikit pada sisi ini memudahkan genggaman, dan mengapa Bunga Kelumpang yang terpahat berlapis-lapis perlu dijaga kedalaman dan ritmanya agar tidak mengganggu ergonomik. Ia juga menjadi latihan hati: menerima bahawa kerja tangan adalah kerja masa. Tidak mungkin dikejar tanpa mengorbankan jiwa kayu itu sendiri. Dan ia menjadi latihan akal: bahawa warisan tidak akan hidup dengan nostalgia sahaja. Ia hidup bila ada ilmu yang dikongsi, ruang yang disediakan, dan pelajar yang berani bermula.

Jika ada satu pelajaran utama daripada perjalanan tiga bulan ini, ia barangkali begini. Seni lama bukan tua, ia cuma menunggu bahasa baharu untuk menjelaskannya kepada generasi ini. Bahasa itu ialah struktur pembelajaran yang tersusun, bimbingan yang sabar, akses kos yang munasabah, dan ekosistem pameran yang menghubungkan bengkel dengan khalayak. ThinkCity, melalui sokongan gerannya, membantu mengalih beban yang selama ini menjadi halangan langkah pertama. Tenaga pengajar dari Besut yang membawa darah pandai ukir—dan memilih Ipoh sebagai rumah—menyediakan jambatan antara tradisi dan teknik. SUWAKA menyusun gerak, menyediakan pentas, dan menjaga irama. Selebihnya—keberanian memegang pahat pertama, tekad menghiris serat kayu, dan kejujuran menerima kritikan—datang daripada peserta sendiri.

Hari ini, apabila sebuah hulu Lang Memerhati terletak di telapak, kita bukan sekadar melihat ukiran Bunga Kelumpang yang cantik. Kita melihat Kuala Kangsar yang bernafas di antara kelopak-kelopak halus. kita melihat Perak yang menyusun tradisi di bahu helang. Kita melihat generasi baharu yang menukar rasa ingin tahu menjadi kemahiran, dan kemahiran menjadi rezeki. Lebih jauh lagi, kita melihat bentuk yang pernah hampir diam kini mula bersuara. Di universiti, di perpustakaan, di program komuniti, dan di rumah-rumah yang akan menyimpan hulu-hulu baharu sebagai tanda cinta kepada warisan.

Gerakan ini masih muda, tetapi arah sudah jelas. Ada ruang untuk lebih ramai pelajar menyertai, ada peluang untuk penaja meringankan beban kos, ada rakan lokasi—sekolah, universiti, perpustakaan—yang boleh membuka pintu seterusnya. Yang penting ialah kesinambungan.

hulu keris lang meghati

Biarlah tujuh bengkel khusus, enam bengkel umum, dan satu bengkel pengenalan yang pertama ini menjadi batu asas kepada siri yang lebih panjang.

Biarlah 1,000 brosur pertama ini menjadi 10,000 helaian.

Biarlah 28 karya di pentas penutup pada 5 Oktober 2025 menjadi ratusan pada tahun-tahun mendatang.

Kerana Lang Memerhati tidak seharusnya terus memerhati dari jauh. Ia patut hadir di tangan-tangan pemuda. Digenggam, diukir, dan diwariskan. Dan apabila helang warisan itu akhirnya terbang, kita akan tahu, ia tidak lagi memandang masa lalu semata-mata, tetapi mengintai masa depan yang kita ukir bersama.

FAQ : Soalan Lazim


Bengkel Membuat Hulu Keris Negeri Perak


  1. Siapa yang boleh sertai bengkel ini?
    Bengkel ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat mempelajari seni pembuatan hulu keris — sama ada individu baru, peminat keris, tukang, atau pelajar seni warisan.

  1. Perlu ada pengalaman ukiran ke?
    Tidak perlu. Bengkel ini terbuka untuk semua peringkat kemahiran termasuk pemula. Setiap peserta akan diberi bimbingan personal mengikut tahap masing-masing.

  1. Berapa lama bengkel ini berlangsung?
    Bengkel ini akan berlangsung selama 14 minggu (3 bulan lebih) bermula dari 10 Mei 2025, mengikut slot-slot yang akan ditetapkan secara fleksibel.

  1. Adakah saya perlu hadir setiap minggu?
    Tidak. Setiap peserta hanya perlu hadir mengikut slot khas yang akan dijadualkan, iaitu maksimum 2 hari sesi personal coaching bersama tenaga pengajar.

  1. Di mana lokasi bengkel ini?
    Bengkel akan dijalankan di dua lokasi utama iaitu di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar, di bengkel ukiran milik Cikgu Nasir Jemala Sari.

  1. Siapa tenaga pengajar bengkel ini?
    Tenaga pengajar utama ialah Cikgu Nasir Jemala Sari, tukang ukir tradisional berpengalaman yang berasal daripada keturunan tukang Hulu Keris di Kuala Besut.

  1. Apa yang saya akan dapat jika sertai?
  • Kit ukiran lengkap bernilai RM500
  • 2 hari bimbingan peribadi dengan guru tukang
  • Hak untuk menjual hasil karya sendiri di majlis penutup
  • Sijil penyertaan

  1. Berapa yuran penyertaan?
  • RM150 untuk ahli persatuan
  • RM200 untuk bukan ahli

Boleh bayar ansuran maksima 3 kali


  1. Bolehkah saya bawa balik hasil ukiran saya?
    Ya, hasil hulu keris anda adalah milik anda sepenuhnya, dan anda juga boleh menjualnya pada hari penutup bengkel jika mahu.

  1. Bagaimana cara nak daftar?
    Isi borang penyertaan secara online disini
    https://forms.gle/H5v4f8h3tnDhL6L68

Bengkel Membuat Hulu Keris Negeri Perak

JEJAK TRADISI, KARYA ABADI

Persatuan Seni Warisan Budaya dan Pusaka Negeri Perak dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Bengkel Membuat Hulu Keris Negeri Perak, sebuah program eksklusif yang menghimpunkan seni warisan, kemahiran tradisi, dan bimbingan pakar dalam satu platform yang praktikal dan berprestij.

Tarikh Pelancaran: 10 Mei 2025
Tempoh Bengkel: 14 minggu (lebih kurang 3 bulan)
Lokasi: Sekitar Kuala Kangsar dan Ipoh (Bengkel Cikgu Nasir)
Anjuran: Persatuan Seni Warisan Budaya dan Pusaka Negeri Perak


Apa yang Menarik Tentang Bengkel Ini?

1. Pembelajaran Secara Intensif dan Personal
Setiap peserta akan diberikan slot bimbingan khusus selama maksimum 2 hari, di mana mereka akan menerima tunjuk ajar secara personal dalam proses pembikinan hulu keris daripada awal hingga akhir.

2. Tenaga Pengajar Berpengalaman Tinggi
Bimbingan utama akan dikendalikan oleh Cikgu Nasir Jemala Sari, seorang tukang ukir terkenal yang berpengalaman luas dalam seni pertukangan hulu keris tradisional.

3. Peralatan Bernilai Disediakan
Yuran penyertaan yang sangat berpatutan turut merangkumi kit ukiran bernilai RM500, cukup lengkap untuk memulakan penghasilan karya pertama anda.

4. Peluang Menjual Hasil Karya Sendiri
Pada majlis penutup, peserta bukan sahaja akan mempersembahkan karya masing-masing, malah diberi hak untuk menjual hulu keris yang dihasilkan kepada pengunjung dan peminat seni warisan.


Yuran Penyertaan

  • Ahli Persatuan: RM150 sahaja
  • Bukan Ahli: RM200 sahaja

Yuran boleh dibayar secara ansuran ( 3 kali )

Tempat adalah terhad, dan penyertaan akan ditutup sebaik sahaja kuota peserta dipenuhi. Hanya 28 peserta sahaja yang akan dipilih.


Sertai Kami dan Hidupkanlah Warisan

Bengkel ini bukan sekadar ruang belajar — ia adalah pengalaman mendalam yang menghubungkan kita dengan akar warisan bangsa. Sertai kami untuk mewarisi seni, melestarikan budaya, dan mencipta karya berjiwa.

Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut, hubungi kami melalui [whatsapp persatuan] atau terus mesej kami di media sosial.

BORANG PENDAFTARAN : https://forms.gle/H5v4f8h3tnDhL6L68